| ROTARY INTERNATIONAL | Rotary International ialah pertubuhan sedunia bagi semua Kelab Rotary. Kelab Rotary dianggotai oleh sekumpulan pemimpin masyarakat daripada pelbagai bidang pekerjaan atau perniagaan. Pertubuhan ini menyelaras kelab ahli dan bekerja untuk membangunkan kelab ini. Ahlinya mengadakan khidmat kemanusiaan, menggalakkan tahap etika yang tinggi dan menolong membina keharmonian dan keamanan di dunia. | UMUM | |
| IKEBANA | Ikebana, seni gubahan bunga di Jepun. Seni ini mementingkan keharmonian dalam pembentukan rentak dan warna. | KESENIAN | Kraf Tangan |
| SOGIT | SOGIT, sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampung. Sogit atau sugit, segit, sagit, diamalkan oleh sesetengah masyarakat peribumi di Sabah. Sogit lazimnya berbentuk binatang ternakan seperti kerbau, khinzir, kambing dan ayam, hasil pertanian seperti padi dan alat-alat tertentu seperti gong, gador, betukul, barang perhiasan, senjata dan pinggan mangkuk. | BUDAYA | Konsep |
| LAPAU | LAPAU, hukuman adat di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan dan Murut di Sabah. Lapau merupakan ganti rugi yang wajib diberikan oleh seorang suami atau isteri yang melakukan zina dengan orang lain. Orang Dusun dan Murut menganggap berzina sebagai satu kesalahan adat., Mereka juga percaya bahawa tindakan itu boleh menggugat keharmonian kampung dan juga ahli keluarga pihak yang terlibat. | BUDAYA | Adat |