Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.ru.man] | کهارومن

Definisi : 1. perihal harum, kewangian: tabur­kan bunga melur di tempat tidur supaya suami menikmati ~ baunya; 2. ke­masyhuran, kebaikan nama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.ru.man] | کهارومن

Definisi : 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harum (adjektif)
1. Dalam konteks bau
bersinonim dengan wangi, sedap, nyaman, semerbak, enak, raksi, resi,

2. Dalam konteks nama
bersinonim dengan termasyhur, terkenal, baik, dipuji, naik, terangkat,

Kata Terbitan : mengharum, mengharumkan, harum-haruman, keharuman,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSEMARY

Rosemary ialah pokok renek malar hijau dalam

famili pudina yang terkenal kerana keharuman

daunnya. Rosemary tumbuh liar di kawasan

Mediterranean dan tingginya dari 60 hingga 180

sentimeter.

UMUM 
SWEET PEA

Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang

tergolong dalam famili yang sama dengan famili

kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan

dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea

berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.

Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.

Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada

sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak

baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut

dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin

kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah

atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau

junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka

yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,

everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.

Bunganya besar dan berwarna samar magenta.

UMUM 

Kembali ke atas