Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehidupannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOCRATES

Socrates (469? S.M.–399 S.M.) ialah ahli falsafah

dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia

dan kematiannya yang berani, bersama dengan

ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling

dihormati dalam sejarah.

UMUM 
NASH, THOMAS

Nash, Thomas (1567–1601?) ialah penulis

Inggeris pada zaman Elizabeth yang karya-karyanya

menggambarkan kehidupannya yang ganas. Dia

terlibat dalam banyak pertikaian, dan mengkritik

lawannya di dalam pamplet yang ditulisnya dengan

baik. Nash mungkin cukup dikenali pada hari ini

kerana bukunya The Unfortunate Traveller ; or , The

Life of Jack Wilton (1594), contoh prosa fiksyen

yang terbaik pada zaman Elizabeth.

UMUM 
ANNE, SAINT

Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai

isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah

mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam

buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab

Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang

malaikat muncul di hadapannya dan

mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di

seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak

makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah

makam yang paling terkenal ialah makam yang

terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu

makam Ste.-Anne-de-Beaupre.

UMUM 
BIARAWATI

Biarawati ialah wanita yang tergolong dalam

komuniti agama dan mengabdikan kehidupannya

untuk melaksanakan matlamat agama. Pelbagai

agama besar, termasuk agama Buddha, Kristian,

dan Taoisme, mempunyai order biarawati. Gereja

Roman Katolik mempunyai lebih banyak order

biarawati daripada mana-mana mazhab Kristian

yang lain.

UMUM 
ZOOLOGI

Zoologi ialah kajian tentang haiwan. Ahli zoologi

cuba menjawab banyak pertanyaan tentang

haiwan. Misalnya, mereka membuat penyelidikan

untuk menentukan bagaimana haiwan melakukan

kegiatan dalam kehidupannya. Ahli zoologi juga

mengkaji bagaimana spesies yang berlainan

berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana

spesies berevolusi (berubah dalam tempoh yang

lama).

UMUM 
SHARAKU

Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada

akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada

torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun

yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795.

Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi

terkenal dan mengapa usia kariernya begitu

singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah

nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak

diketahui.

UMUM 
ZOLA, ÉMILE

Zola, Émile (1840 – 1902), penulis Perancis yang

menjadikan naturalisme sebagai bentuk

kesusasteraan yang utama di Perancis pada akhir

tahun 1800-an. Dia menulis tentang kehidupan

sebagaimana dilihatnya, buku dan kehidupannya

memaparkan keberanian, kepintaran, dan

semangat inginkan keadilan.

UMUM 
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 
BODHISATWA

BODHISATWA,  konsep penting  dalam ajaran Buddhisme.  Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana.  Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap ‘pencerahan’ (enlightenment).  Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi.  Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
12

Kembali ke atas