Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hor.mat] | کحرمت

Definisi : 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hor.mat] | کحرمت

Definisi : 1 orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2 yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3 orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BINTANG KEHORMAT, PINGAT, DAN DARJAH KEBESARAN UMUM 
RUJUKAN KEHORMATkata yang digunakan untuk menyapa seseorang mengikut taraf sosialnya.BAHASAKonsep
MAJLIS PRIVI

Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik

oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri

daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim,

dan sarjana yang dipilih dari negara-negara

Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai

simbol ketua negara Komanwel. Dalam

kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota

kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji,

apabila mereka diberi tempat dalam kabinet.

Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan

kabinet Inggeris.

UMUM 
MONSIGNOR

Monsignor ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada golongan paderi dari Gereja

Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Itali monsignore yang bermakna My

Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal

tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua

(patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang

terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini.

Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop

dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your

Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop

boleh juga dipanggil “Your Grace”.

UMUM 
DATUK BANDAR

Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada pengerusi majlis borough

tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan

tempatan yang telah dikurniakan status borough

oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar.

UMUM 
MASTER OF THE QUEEN’S MUSIC

Master of the queen’s music ialah suatu

gelaran kehormat yang diberikan kepada ahli

muzik British. Pemegang gelaran ini menjadi ahli

istana diraja.

UMUM 
PRELATE

Prelate ialah gelaran pegawai yang berpangkat

tinggi di gereja. Bagi Gereja England, prelate ialah

biskop dan ketua biskop. Bagi Gereja Roman

Katolik, istilah prelate juga bermakna paus,

kardinal, dan ketua rahib dan pegawai biara yang

lain, di samping prelate kehormat.

UMUM 
NKRUMAH KWAME

Nkrumah Kwame (1909–1972) ialah presiden

Afrika Barat, Republik Ghana dari tahun 1960

hingga tahun 1966. Pemimpin-pemimpin tentera

menggulingkannya pada tahun 1966, dan dia hidup

dalam buangan di Guinea. Presiden Sékou Touré

dari Guinea melantik Nkrumah sebagai presiden

kehormat Guinea.

UMUM 
ORANG KAYA-KAYA

ORANG KAYA-KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, panggilan kehormat ‘Orang Kaya’ dikaitkan dengan gelaran mengenai kekuasaan dan kekayaan di kalangan mereka yang mempunyai pengaruh ekonomi dan politik. Mereka paling aktif dalam perdagangan di pelabuhan-pelabuhan utama yang dikunjungi oleh kebanyakan pedagang antarabangsa daripada golongan raja dan bangsawan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SARAWAK DAYAK ASSOCIATION

SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak.  Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946.  Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas