Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ikh.la.san] | کأخلاصن

Definisi : kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ikh.la.san] | کأخلاصن

Definisi : perasaan ikhlas; kesucian hati; kejujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhlas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suci, jujur, rela, tulus;,
Kata Terbitan : mengikhlaskan, keikhlasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NATION, CARRY AMELIA MOORE

Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911),

terkenal kerana usaha kerasnya untuk

memberhentikan penjualan alkohol di Amerika

Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal

dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana

mengganggu ketenteraman, namun ramai orang

yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya.

Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak

bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan

yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan

kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu

mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat

kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ).

UMUM 
TAREKAT DAN TASAWUF

TAREKAT DAN TASAWUF, amalan yang menjadi pelengkap kepada ilmu akidah dan syariat.  Ilmu akidah adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan iman.  Ilmu syariat pula berkaitan dengan amalan Islam, sementara ilmu tasawuf adalah ilmu yang berkaitan dengan keikhlasan.  Ia mewujudkan rangkaian iman, Islam  dan ihsan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas