Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jar] | کجر

Definisi : hambat, buru; main ~-~ main hambat­-menghambat (sj permainan kanak-kanak); berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (men­dapatkan, menangkap) seseorang atau se­suatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, ber­sungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih di-kejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau mem­bawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya me­ngejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, ter­gesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jar] | کجر

Definisi : ; berkejar pergi ke sesuatu tempat dgn terburu-buru; pergi dgn segera: Kami semua ~ ke tempat kemalangan itu. berkejar-kejaran berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berlari beramai-ramai: Kami bermain-main dan ~ di pantai. mengejar 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. mengejarkan membawa atau menghantar seseorang (sesuatu) dgn terburu-buru: Orang yg dilanggar motokar itu telah dikejarkan ke hospital. terkejar dpt dikejar; terikut: Dia berlari cepat benar sehingga tidak ~ olehnya. terkejar-kejar terburu-buru. kejaran gerakan utk mengejar; hal mengejar: Kerana ~ tentera Jepun terlalu pantas, mereka berpecah dan lari ke hutan Pahang. pengejaran perbuatan atau hal mengejar; pemburuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejar (kata kerja)
Bersinonim dengan ligan, hambat, pintas, buru, kepung, pitas;,
Kata Terbitan : berkejar, mengejar, mengejarkan, terkejar, terkejar-kejar,

Peribahasa

Hari baik (= pagi) dibuang-buang,
     hari buruk (= petang) dikejar-kejar.

Bermaksud :

Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENNECTT, MACK

Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan

penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu

slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang

terkenal muncul dalam filem-filem Keystone

Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar

kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya

yang terkenal telah menambahkan kekacauan di

sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett

memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang

“gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita

yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan

watak-watak lain sering terlibat dalam adegan

kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan,

suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak

filem terbitannya.

UMUM 

Kembali ke atas