Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekuatannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POPULISME

Populisme ialah pergerakan politik Amerika

yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun

1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan

menambah penawaran wang, memperketatkan

peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan

perubahan lain yang dipercayai boleh membantu

golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga

melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan

kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin

pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai

warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan

orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan

semangat.

UMUM 
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 
MOLIBDENUM

Molibdenum ialah unsur kimia. Simbolnya ialah

Mo. Molibdenum ialah logam keras, berwarna

perak-putih. Takat leburnya yang tinggi sehingga

2617C menjadikannya antara logam yang terkuat

dan logam penebat haba yang paling banyak

digunakan. Apabila dialoikan dengan keluli,

molibdenum meningkatkan ketahanan dan

kekuatannya terutamanya pada suhu tinggi.

Molibdenum juga meningkatkan ketahanan

sesetengah logam berasaskan nikel terhadap haba

dan bahan kimia apabila logam ini dialoikan

dengannya.

UMUM 
DATU UDTOG MATALAM

DATU UDTOG MATALAM (1900-an - ?), pemimpin Islam Filipina. Dia lahir di Pagalungan, Cotabato. Pengaruhnya sebagai Gabenor Cotabato amat kuat, malah kerajaan Filipina di Manila tidak berani menentangnya. Dia memerintah Cotabato seolah-olah wilayah tersebut milik peribadinya. Salah satu asas kekuatannya ialah latar belakang keluarganya, iaitu keluarga Matalam di Pagalungan di bahagian hulu dan keluarga Sinsuat di bandar Cotabato di bahagian hilir.

 

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.)

SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin

tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah

Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn

Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu

Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al-

Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di

Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia

berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan

juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang

merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar.

Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh

Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal

tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah

kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya

memberi khidmat kepadanya dalam keadaan

inilah lahirnya Salah al-Din.

UMUM 

Kembali ke atas