| MOLASES | Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit. Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases digunakan untuk membru, memasak, membuat gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
| AMBER | Amber ialah resin terfosil yang keras, berwarna perang kekuningan. Ia terutamanya berasal daripada resin pokok pain yang tumbuh di utara Eropah berjuta-juta tahun dahulu. Resin ini ialah bahan melekit yang dicampurkan dengan minyak pada pokok itu. Apabila minyak itu teroksida (berpadu dengan oksigen), resin keras terhasil. | UMUM | |
| KLORIN | Klorin ialah gas beracun, berwarna hijau – kekuningan dengan bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Klorin menyebabkan kerengsaan kepada hidung, kerongkong dan paru-paru. Namun demikian, apabila digabungkan dengan logam natrium, klorin menjadi natrium klorida, atau garam biasa. | UMUM | |
| SERIGALA BERBULU | Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan besar yang menyerupai serigala yang terdapat di Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya. Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang, dan berkaki panjang yang membolehkan haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi. Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras bahu. | UMUM | |
| YELLOWWOOD | Yellowwood ialah nama bagi 94 spesies pokok kayu malar hijau yang didapati terutamanya di hutan pergunungan Hemisfera Selatan. Kebanyakan spesies mempunyai kayu berwarna kekuningan atau perang-kemerahan. | UMUM | |
| PERAK NIKEL | Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink. Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia adalah logam berwarna kekuningan yang lebih keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam, tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya pudar setelah digunakan. | UMUM | |
| PHOEBE | Phoebe ialah burung kecil, aktif, yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang tergolong dalam famili flycatcher . Phoebe mempunyai belakang berwarna hijau zaitun kekelabuan dan dadanya putih kekuningan. | UMUM | |
| TANZANIT | Tanzanit ialah batu permata separa bernilai. Ia adalah jenis mineral yang dinamakan zoisit . Hablur tanzanit adalah trickroik (tiga warna). Apabila batu permata ini dipusingkan, warnanya bertukar daripada biru tua kepada ungu kepada hijau kekuningan. | UMUM | |
| SINAR KATOD | Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. | UMUM | |
| MIGNONETTE | Mignonette ialah tumbuhan taman yang menarik di Eropah dan Amerika Utara. Namanya berasal daripada perkataan Perancis yang bermakna little darling. Tumbuhan ini mempunyai rimbunan daun yang licin, berwarna hijau lembut. Bunganya yang kecil tumbuh pada spika yang tinggi. Warnanya putih kekuningan dan di dalamnya terdapat tangkai debunga berwarna kemerahan, dan berbau wangi. | UMUM | |