Kekwa adalah mana-mana satu daripada sekumpulan herba renek berbau kuat yang tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana. Pekebun menanamnya untuk bunganya yang cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak bunga satu-satu membentuk setiap kuntum. Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan dengan membuang tunasnya dengan cermat. Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya berbeza-beza warnanya daripada putih atau kuning hingga kepada samar atau merah. |