Musim luruh ialah musim di antara musim panas dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca musim luruh dari akhir bulan September, Oktober dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim luruh, lihat Musim. |