MINYAK KELAPA SAWIT | Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak sayur yang paling meluas digunakan di dunia. Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin, dan sabun. | UMUM | |
KELAPA SAWIT | Kelapa sawit ialah sejenis tumbuhan palma yang mempunyai buah yang kecil. Kelapa sawit berasal dari Afrika Barat dan mula ditanam di Tanah Melayu pada tahun 1870-an. | UMUM | |
INSTITUT PENYELIDIKAN MINYAK KELAPA SAWIT MALAYSIA (PORIM) | | UMUM | |
MINYAK SAYUR | Minyak sayur ialah bahan lemak yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Minyak sayur digunakan terutamanya dalam mengeluarkan atau memasak banyak jenis makanan. Kebanyakan minyak ini dalam bentuk cecair, kecuali beberapa dalam bentuk pepejal pada suhu bilik, seperti lemak koko, minyak kelapa, dan minyak kelapa sawit. Minyak sayur terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak, iaitu bahagian perlu dalam diet untuk kesihatan. Untuk maklumat lanjut tentang nilai makanan dan komposisi minyaknya lihat Lemak. | UMUM | |
MALABO | Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat. Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea (peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko, kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan terbang terletak berhampiran Malabo. | UMUM | |
KERIAN | KERIAN, daerah pertanian di utara negeri Perak. Daerah ini mempunyai keluasan 958 km persegi. Padi merupakan hasil pertanian yang terpenting, diikuti dengan kelapa sawit, getah dan kelapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LUWU | LUWU, salah sebuah kabupaten di Propinsi Sulawesi Selatan. Luwu terletak di ceruk Teluk Bone yang memisahkan semenanjung selatan daripada semenanjung tenggara Pulau Sulawesi, dengan Propinsi Sulawesi Tengah di bahagian utara. Ibu kotanya ialah Palopo yang terletak di lingkungan sebelah utara pantai Teluk Bone. Luas kabupaten Luwu ialah 17 277 km persegi dengan penduduk lebih kurang 400 000 orang. Kebanyakan penduduknya orang Bugis dan Toraja. Luwu merupakan kabupaten yang terluas di Sulawesi Selatan dan hutannya menghasilkan kayu, rotan dan damar. Sementara tanaman utamanya ialah kopi, kelapa sawit, sagu, dan padi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
AISKRIM | Aiskrim ialah makanan beku yang popular. Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu, gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri, minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi, boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu. | UMUM | |