MESON | Meson ialah zarah subatom. Meson membentuk satu daripada kelas famili zarah yang dikenali sebagai hadron. Kelas-kelas yang lain terdiri daripada barion, yang termasuk proton, neutron dan hiperon. Semua hadron bertindak atas satu sama lain melalui daya yang dikenali sebagai saling tindak yang kuat, atau daya nukleus yang kuat. Daya ini mencantumkan nukleus atom. | UMUM | |
RESIN | Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan, sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan resin semula jadi sebahagian besarnya telah digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin, Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil yang dijumpai terpelihara bersama dengan tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak . | UMUM | |
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI | EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TINDAKAN KELAS | Tindakan kelas ialah sejenis prosiding kehakiman apabila seorang atau lebih daripada seorang individu mendakwa bagi pihak satu kumpulan yang mempunyai tuntutan yang serupa. Kumpulan yang sedemikian dikenali sebagai kelas. Tindakan kelas juga dikenali sebagai tindakan perwakilan . | UMUM | |
KARBOHIDRAT | Karbohidrat ialah satu daripada tiga kelas makanan utama yang diperlukan oleh tubuh. Dua lagi kelas makanan yang utama ialah lemak dan protein. | UMUM | |
AMFIBIA | Amfibia ialah haiwan yang tidak bersisik – terkecuali beberapa yang sebahagian hayatnya hidup dalam air dan sebahagian lagi di darat. Terdapat kira-kira 3200 jenis amfibia, dan ia merupakan salah satu kelas vertebrat (haiwan bertulang belakang). Amfibia termasuk katak, kodok, salamander, dan sesilia. | UMUM | |
PROTEIN | Protein adalah satu daripada tiga kelas utama makanan yang diperlukan oleh badan. Yang lain adalah karbohidrat dan lemak. Protein wujud dalam setiap sel dan diperlukan oleh hidupan tumbuhan dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan membina protein daripada bahan dalam udara dan tanah. Manusia dan haiwan memperoleh protein daripada makanan yang dimakannya. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya termasuk keju, telur, ikan, daging dan susu. | UMUM | |
SAKARIDA | Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein membentuk dua kelas yang lain. Sakarida dikelaskan mengikut struktur kimianya. Monosakarida, yang mempunyai struktur paling ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain, monosakarida tidak boleh terurai menjadi karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat dengan asid cair atau melalui tindakan enzim tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja), terdiri daripada dua molekul monosakarida yang disambungkan dengan satu atom oksigen. Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat Karbohidrat. Lihat juga Kanji. | UMUM | |
REPTILIA | p> Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru. Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia, dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat (haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara. | UMUM | |
DRUID | Druid ialah kelas paderi terpelajar dalam kalangan orang Celt, iaitu satu kaum Eropah purba. | UMUM | |