KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
KELDAI LIAR | Keldai liar lihat Onager. | UMUM | |
ONAGER | Onager ialah saudara keldai yang berlari laju. Ia bergerak berkumpulan di dataran yang panas kering, di barat tengah Asia. | UMUM | |
NAST, THOMAS | Nast, Thomas (1840–1902) ialah kartunis politik Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur Harimau Tammany yang dilukisnya menolong memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang diketuai oleh William “Bpss” Tweed di New York City. | UMUM | |
APULEIUS, LUCIUS | Apuleius, Lucius (125?–170? M.), menulis satu- satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Lucius yang telah bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ). | UMUM | |
PELANA | PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta. Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang. | BUDAYA | Alat/Alatan |