| KELENJAR PARATIROID | Kelenjar paratiroid terdiri daripada empat  kelenjar kecil yang berfungsi sebagai satu kelenjar.  Kelenjar-kelenjar ini terletak di depan leher dekat  kelenjar tiroid. Kelenjar paratiroid merembes  hormon paratiroid (PTH), yang juga dinamakan  parathormon , ke dalam darah. PTH membantu  mengawal amaun kalsium dan fosfat dalam badan.  Mineral ini diperlukan untuk beberapa proses  badan yang penting, termasuk pertumbuhan  tulang dan otot, dan fungsi saraf.  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR PITUITARI | Kelenjar pituitari ialah satu daripada kelenjar  yang paling penting dalam badan. Kelenjar ini  merembes beberapa hormon yang mengawal  pelbagai fungsi badan. Kelenjar pituitari adalah  kira-kira sebesar kacang pis dan terletak di bawah  otak berhampiran dengan pusat tengkorak.  Kelenjar ini dihubungkan oleh satu tangkai pendek  dengan hipotalamus, sebahagian daripada otak.  Kelenjar pituitari kadangkala dikenali sebagai  hipofisis.  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR MAMARI | Kelenjar mamari ialah kelenjar khas yang  terdapat pada semua mamalia. Pada mamalia  betina, kelenjar mamari mengeluarkan susu. Ia  adalah satu daripada ciri-ciri penting yang  membezakan mamalia daripada haiwan-haiwan  lain. (Lihat Mamalia).  | UMUM |   | 
			
				| LIANG ROMA | Liang roma ialah bukaan halus pada  kelenjar kulit. Kelenjar ini adalah seperti karung   kecil yang terdapat jauh dalam kulit. Sel di dalam   karung ini mengeluarkan peluh jika kelenjarnya   adalah kelenjar peluh, dan mengeluarkan minyak   jika kelenjarnya adalah kelenjar sebum.  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR PROSTAT | Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi  lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental  yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua  mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar  prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu  terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan  bersetentangan dengan bahagian rektum.  Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih  kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri  daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta  mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR TIROID | Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin  (pengeluaran hormon) yang terletak di depan  leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap  sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini  disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian  pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid  mengambil iodin dari darah dan menggunakannya  untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga  dikenali sebagai tetraiodotironina dan  triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan  di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai  folikel .  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR | Kelenjar ialah tisu atau organ yang menghasilkan  dan membebaskan bahan kimia yang berguna.  Kelenjar terletak di pelbagai tempat di seluruh  badan manusia dan kebanyakan haiwan lain.  Bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar  melakukan pelbagai fungsi. Contohnya, sesetengah  daripada rembesan ini membantu melembapkan  kulit. Rembesan yang lain pula membantu  penghadaman mengawal pertumbuhan dan  perkembangan badan.  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR PINEAL | Kelenjar pineal juga dikenali sebagai jasad  pineal, ialah organ kecil di dalam otak manusia dan  kebanyakan vertebrat (haiwan bertulang belakang)  lain. Ahli sains tidak begitu pasti tentang fungsi  kelenjar pineal kepada manusia. Mereka percaya  kelenjar ini memainkan peranan dalam pelbagai  fungsi tubuh yang penting termasuk proses  pembiakan. Dalam kebanyakan vertebrat lain,  kelenjar ini membantu mengawal atur kitaran  harian dan bulanan tertentu tubuh.  | UMUM |   | 
			
				| KELENJAR ADRENAL | Kelenjar adrenal ialah organ kecil dalam badan  yang merembeskan banyak hormon penting.  Terdapat dua kelenjar adrenal di dalam badan, satu  di atas setiap ginjal. Adrenal, yang juga dikenali  sebagai suprarenal, mempunyai garis pusat kira-kira  lima sentimeter setiap satu. Setiap kelenjar  adrenal terdiri daripada medula (teras dalam) dan  korteks (lapisan luar).  | UMUM |   | 
			
				| DEMAM KELENJAR | Demam kelenjar, juga dikenali sebagai  mononukleosis berjangkit , ialah penyakit  berjangkit yang ringan. Penyakit ini biasanya  disebabkan oleh virus herpes Epstein-Barr (EB).  | UMUM |   |