Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.kir] | کليکير

Definisi : 1. gelung-gelung rotan, lingkaran­lingkaran (drpd rotan dll) pd kemudi atau tiang kapal; ~ dayung gelung yg mengikat dayung pd keliti atau pemegangnya; 2. gelung (drpd rotan dll) yg dipasangkan (dicucukkan) pd hidung kerbau, kili-kili; kena ~ ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); putus ~ rompong hidung prb sengketa yg tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.kir] | کليکير

Definisi : batu kecil-kecil (digunakan utk membuat jalan raya); intan disangkakan batu ~ prb tidak tahu menghargai sesuatu; ®kerikil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.kir] | کليکير

Definisi : 1 gelang rotan dll yg dipasang pd kemudi atau pd tiang kapal. 2 gelang rotan yg dipasang pd hidung kerbau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.li.kir] | کليکير

Definisi : , = batu ~ batu kecil-kecil spt yg digunakan utk membuat jalan raya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelikir

Peribahasa

Intan disangkakan batu kelikir.

Bermaksud :

Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELIKIR

Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan

zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang

30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul

batuan yang lebih kasar, atau lebih besar

daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua

milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat

membentuk selebihnya kelikir, biasanya

membentuk 50 hingga 70 peratus daripada

keseluruhan jisim.

UMUM 
PAM KELIKIR

Pam kelikir, salah satu kaedah melombong bijih timah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
SIMEN DAN KONKRIT

Simen dan konkrit adalah antara bahan binaan

yang paling penting. Simen ialah serbuk halus,

berwarna kelabu. Simen dicampurkan dengan air

dan bahan seperti pasir, kelikir, dan batu hancur

untuk membuat konkrit. Simen bersama air

membentuk pes yang mengikat bahan-bahan lain

semasa konkrit itu mengeras. Kita sering

menyalahgunakan perkataan simen dan konkrit.

Misalnya, kita mungkin bercakap tentang “turapan

simen”, tetapi turapan itu sebenarnya dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
PASIR

Pasir ialah kumpulan butir pasir atau galian kecil

yang peroi serta lebih kasar daripada kelodak atau

tanah liat. Ia juga lebih kecil daripada kelikir. Ahli-

ahli sains mentakrifkan pasir sebagai butir dengan

diameternya berukuran dari 0.06 mm hingga

2.1 mm.

UMUM 
KELODAK

Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut

yang terdiri daripada zarah halus batuan yang

mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan

air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air

atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan

yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih,

dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus

yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat

daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter.

Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar

adalah subur.

UMUM 
KEKAPIS

Kekapis ialah kerang-kerangan yang dijadikan

makanan. Ia adalah moluska dwicangkerang

(haiwan yang mempunyai dua keping cangkerang

yang melindungi badannya yang lembut dan tidak

bertulang). Kekapis tinggal di perairan cetek dalam

hampir semua laut dan kerap terdapat dalam

kumpulan yang besar pada pasir atau kelikir halus.

UMUM 

Kembali ke atas