GENDANG KELING | GENDANG KELING, persembahan muzik instrumental yang popular di Kedah dan Perlis. Istilah gendang keling merupakan singkatan daripada ‘gendang keliling’. Biasanya, gendang keling dipersembahkan dalam upacara edaran hidup seperti majlis berkhatan dan perkahwinan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
RAJA MUNDELIAR | RAJA MUNDELIAR (? - ? ), saudagar keturunan Keling pada zaman Kesultanan Melaka. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui secara pasti. Raja Mundeliar adalah seorang yang kaya-raya dan oleh sebab itu dia dapat bergaul serta berdamping dengan pembesar-pembesar Melayu yang menjadi tonggak pentadbiran Empayar Melaka pada ketika itu. Dengan kedudukannnya itu, dia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap beberapa pembesar yang rapat dengannya. Dia juga terlibat dalam kegiatan serta putar-belit politik para pembesar itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAINA SURIA DEWANA | NAINA SURIA DEWANA ( ? - ? ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sulalatus SalatinI>, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ORANG ACEH | ORANG ACEH, suku kaum yang berasal dari Aceh, Sumatera Utara, Indonesia. Orang Aceh dipercayai berasal dari Keling, Madras dan Malabar di India dan mereka beragama Hindu. Setelah Islam tersebar, mereka memeluk agama Islam di Aceh. Orang Aceh juga dipercayai berasal dari negara Arab, Parsi dan Turki. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa orang Aceh berasal dari Campa (Indochina). | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
NINA CATU | NINA CATU ( ? - 1514), saudagar keturuanan India (Keling), daripada golongan ceti, pada masa kerajaan Melayu Melaka. Nama sebenarnya mungkin Naina Ceti. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MANDI SAFAR | MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’. Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan. | BUDAYA | Kepercayaan |