KELODAK | Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut yang terdiri daripada zarah halus batuan yang mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih, dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter. Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar adalah subur. | UMUM | |
KIPAS LANAR | Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir, batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur lanar berbentuk kipas. | UMUM | |
ALUVIUM | Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni lereng gunung atau memasuki tasik, laut pedalaman, atau teluk yang tenang. | UMUM | |
RIBUT DEBU | Ribut debu ialah golakan angin kuat yang membawa zarah tanah liat, kelodak, dan bahan tanah lain dalam jarak yang amat jauh. | UMUM | |
PASIR | Pasir ialah kumpulan butir pasir atau galian kecil yang peroi serta lebih kasar daripada kelodak atau tanah liat. Ia juga lebih kecil daripada kelikir. Ahli- ahli sains mentakrifkan pasir sebagai butir dengan diameternya berukuran dari 0.06 mm hingga 2.1 mm. | UMUM | |
SYAL MINYAK | Syal minyak ialah batu endapan yang lembut dan berbutir halus. Daripada syal minyak diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan organik berlilin yang berasal daripada tinggalan alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain. Mendapan batu syal yang banyak terdapat di selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |