PERANTIS | Perantis ialah seseorang yang mempelajari sesuatu kemahiran dengan bekerja di bawah bimbingan seorang yang pandai dan mahir. Perantis bekerja dalam sektor pembinaan, kerja logam, percetakan, dan kemahiran-kemahiran lain. Ramai majikan dan kesatuan secara bersama menyediakan program perantisan. Kebanyakan perantis menerima gaji dan bekerja mengikut waktu tetap. Mereka yang telah tamat perantisan menjadi pekerja terlatih (pekerja mahir). | UMUM | |
KEMAHIRAN MENJUAL | Kemahiran menjual ialah kebolehan menjual barang-barang dan perkhidmatan. Kemahiran ini melibatkan pemberitahuan tentang barang keluaran dan perkhidmatan syarikat serta memujuk orang ramai membelinya. | UMUM | |
KEMAHIRAN BINAAN | Kemahiran binaan ialah mana-mana satu daripada cabang industri yang berkaitan dengan pembinaan bangunan awam, rumah, jambatan, terusan, pelabuhan, landasan kereta api, takungan, jalan dan lebuh raya, betung, dan terowong. Kesemua kemahiran binaan ini dikenali sebagai industri pembinaan. | UMUM | |
SENI PIDATO | Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap. Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah penutur yang cuba mempengaruhi pendengar dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut peraturan seni berpidato. | UMUM | |
KRAF TANGAN | Kraf tangan merujuk kepada kemahiran atau seni yang khusus membuat barang-barang dengan tangan. | UMUM | |
PERMAINAN DAUN TERUP | Permainan daun terup ialah permainan yang melibatkan nasib atau kemahiran menggunakan kepingan kadbod yang nipis dan bujur. Setiap kad atau daun terup ini mempunyai gambar atau tanda yang tertentu. Beratus-ratus jenis permainan boleh dimainkan menggunakan daun terup. Beberapa orang pemain boleh mengambil bahagian, tertakluk kepada jenis permainan. Permainan patience, atau solitaire, dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Permainan casino biasanya dimainkan oleh dua orang pemain. Cribbage atau pinochle boleh dimainkan oleh dua, tiga atau empat orang. Permainan bridge atau whist memerlukan empat orang pemain, manakala permainan canasta memerlukan dua hingga enam orang pemain . Poker pula boleh dimainkan oleh seramai sepuluh orang pada satu-satu masa. | UMUM | |
SICKERT, WALTER RICHARD | Sickert, Walter Richard (1860–1942), pelukis Jerman yang mempunyai kemahiran teknikal dan stail yang penuh imaginasi sehingga mempengaruhi lukisan di United Kingdom. Dia ialah ketua New English Art Club, tetapi kemudian berpecah untuk membentuk Camden Town Group. Sickert lahir di Munich dan belajar di Slade School London, di bawah bimbingan James Whistler. Dia dipilih memasuki Royal Academy pada tahun 1934. Lihat juga Whistler, James Abbott McNeill. | UMUM | |
SENI DAN KESENIAN | /p> Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang luas, seni ialah kemahiran membuat atau melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan seni menganyam bakul, menala piano, malah menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi manusia. | UMUM | |
MASTERSINGER | Mastersinger ialah kumpulan pemuzik puisi Jerman yang menganggap seni kesusasteraan sebagai satu kemahiran atau pekerjaan. | UMUM | |
NYE, BILL | Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika yang popular. Dia menjadi masyhur kerana kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas) tentang pelbagai subjek daripada American West kepada kewartawanan. Nye juga merupakan pensyarah komik yang berjaya. | UMUM | |