CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN | Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
SAINS SOSIAL | Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir erti kehidupan di dunia bukannya cuba menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains sosial memberi tumpuan kepada kehidupan manusia dengan orang lain dalam sesuatu kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi, ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi sosial, kriminologi, dan sains undang-undang. Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi, geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori sains sosial yang luas. | UMUM | |
ANTROPOLOGI | Antropologi ialah kajian saintifik tentang kemanusiaan dan kebudayaan manusia. Ahli antropologi menyelidik strategi kehidupan yang dipelajari dan dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota kumpulan sosial. Ahli sains ini mengamati ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota spesies yang sama dan perbezaan cara hidup manusia dalam persekitaran yang berbeza. Mereka turut menganalisis produk kumpulan sosial – sama ada objek berbentuk kebendaan ataupun ciptaan bukan berbentuk kebendaan, seperti kepercayaan dan nilai. | UMUM | |
AKADEMI BRITISH | Akademi British ialah sebuah institusi di United Kingdom yang menggalakkan kesarjanaan dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial | UMUM | |
NANSEN, FRIDTJOF | Nansen, Fridtjof (1861–1930) ialah penjelajah kutub Norway yang mashyur. Dia juga seorang ahli kemanusiaan, negarawan, zoologi marin dan perintis ilmu alam lautan. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
THUCYDIDES | Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani, menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak berat sebelah yang juga boleh mendedahkan perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar di antara dua negara kota Yunani, Athens dan Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M. hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang terkenal, History of the Peloponnesian War , berakhir pada tahun 411 S.M. | UMUM | |
SAINT-EXUPÉRY, ANTOINE DE | Saint-Exupéry, Antoine de (1900–1944) ialah juruterbang Perancis yang menghasilkan karya tentang penerbangan di Perancis. Namun begitu, dia paling terkenal kerana cerita fantasinya, The Little Prince (1943). Buku ini mengisahkan seorang putera raja dari planet jauh bercerita kepada penulis tentang pengembaraannya dari planet ke planet untuk mencari dan menambah ilmu. Seperti tulisan utamanya yang lain The Little Prince , mencerminkan keprihatinannya terhadap nilai kemanusiaan dan penentangannya terhadap penyalahgunaan semangat kemanusiaan. | UMUM | |
MURILLO, BARTOLOMÉ ESTEBAN | Murillo, Bartolomé Esteban (1618–1682), pelukis Sepanyol yang hidup pada tahun 1600-an. Dia dianggap pelukis yang terbaik yang dapat menggambarkan kelembutan dan optimistik agama Kristian. Dia terkenal dengan lukisannya yang melahirkan perasaan mesra dan peri- kemanusiaan. | UMUM | |
ROTARY INTERNATIONAL | Rotary International ialah pertubuhan sedunia bagi semua Kelab Rotary. Kelab Rotary dianggotai oleh sekumpulan pemimpin masyarakat daripada pelbagai bidang pekerjaan atau perniagaan. Pertubuhan ini menyelaras kelab ahli dan bekerja untuk membangunkan kelab ini. Ahlinya mengadakan khidmat kemanusiaan, menggalakkan tahap etika yang tinggi dan menolong membina keharmonian dan keamanan di dunia. | UMUM | |