SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |
KEMATIAN | Kematian bermakna berakhirnya kehidupan. Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan kematian mereka. Kebanyakan manusia takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu daripada dorongan utama yang membentuk tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah, manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk memahami makna sebenar kematian. Sesetengah para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan manusia ini ialah hasil daripada kemampuan manusia mengatasi kematian dan memperoleh keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan. | UMUM | |
ELEGI | Elegi ialah puisi yang biasanya dikaitkan dengan kematian, selalunya kematian rakan-rakan. | UMUM | |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
KADAR KEMATIAN | Kadar kematian lihat Kadar Kelahiran dan kematian. | UMUM | |
ADAT KEMATIAN | ADAT KEMATIAN, upacara yang dilakukan apabila kematian. | BUDAYA | Konsep |
NEKROSIS | Nekrosis ialah kematian satu kumpulan sel dan tisu badan akibat beberapa jenis penyakit atau sebab-sebab luaran. Nekrosis boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal dan kimia atau terputusnya bekalan darah ke bahagian-bahagian lain dalam badan. Lihat juga Kematian (Aspek kematian dari segi perubatan). | UMUM | |
KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN | Kadar kelahiran dan kematian merupakan ukuran penting untuk mengetahui perubahan jumlah penduduk. Ia memberikan cara untuk membandingkan trend kesihatan dan maklumat jumlah penduduk dari tahun ke setahun atau dari satu tempat ke satu tempat. | UMUM | |
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah. Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform. Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya. Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok. Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm. | BUDAYA | Pakaian |
NEKROLOGI | Nekrologi ialah rekod kematian, terutamanya yang disimpan oleh gereja. Biasanya ia menunjukkan hari, bulan, dan tahun kematian. Nekrologi juga merupakan senarai nama orang yang meninggal dunia dalam masa tertentu. Ia juga merupakan notis obituari. | UMUM | |