| ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH | Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984), berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982 hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei 1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis. | UMUM | |
NICHOLAS I
| Nicholas I (1796–1855) ialah tsar Rusia dari tahun 1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda terkenal kerana pemerintahannya yang kejam, walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi pada zaman pemerintahannya. | UMUM | |
| SOUTHEY, ROBERT | Southey, Robert (1774–1843) ialah pemuisi (laureate) United Kingdom dari tahun 1813 sehingga kematiannya. Dia dikenang terutamanya kerana beberapa balada, antaranya “Battle of Blenheim” (1798), dan juga kerana perhubungannya dengan William Wordsworth dan Samuel Taylor Coleridge. | UMUM | |
| SOCRATES | Socrates (469? S.M.–399 S.M.) ialah ahli falsafah dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia dan kematiannya yang berani, bersama dengan ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling dihormati dalam sejarah. | UMUM | |
| ESHKOL, LEVI | Eshkol, Levi (1895–1969), membantu mengasaskan negara Israel dan memegang jawatan perdana menteri dari tahun 1963 sehingga kematiannya. | UMUM | |
| NIELSEN, CARL AUGUST | Nielsen, Carl August (1865–1931), salah seorang penggubah Denmark yang agung. Sebahagian besar muziknya telah terlepas perhatian semasa hayatnya tetapi menjadi popular pada peringkat antarabangsa selepas kematiannya. | UMUM | |
| ANTHONY OF PADUA, SAINT | Anthony of Padua, Saint (1195–1231), pemimpin agama Kristian dan pengkhutbah ternama pada zamannya. Banyak kejadian ajaib dikatakan berlaku kepada Anthony, sama ada semasa hayatnya atau selepas kematiannya. Jasad Anthony disemadikan di sebuah gereja yang dibina di Padua, Itali sebagai penghormatan kepadanya. Gereja tersebut kemudiannya menjadi tempat suci yang menjadi tarikan ramai penziarah yang ingin memohon pertolongannya sebagai santo. | UMUM | |
| KHOMEINI, AYATULLAH | Khomeini, Ayatullah (1900–1989) ialah pemimpin umat Islam Iran. Dia ialah lambang agama dan politik Iran sejak tahun 1979 hingga kematiannya pada tahun 1989. Dia memegang tampuk pemerintahan setelah berjaya menggulingkan Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. | UMUM | |
| SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |
| METCHNIKOFF, ELIE | Metchnikoff, Elie (1845–1916) ialah pakar biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah putih yang menyerang kuman. Para doktor pada awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan. | UMUM | |