PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN | Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika yang mengisytiharkan kebebasan daripada pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh kelahiran Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERANG KEMERDEKAAN AMERIKA | Perang Kemerdekaan Amerika lihat Perang Saudara Amerika. | UMUM | |
GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU | GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU, satu aliran kebangsaan dalam sejarah politik Melayu yang muncul pada dekad pertama abad ke-20. Gerakan ini mencapai kemuncak kegiatannya selepas Perang Dunia Kedua tamat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MIRANDA, FRANCISCO DE | Miranda, Francisco de (1750–1818) ialah patriot Venezuela yang bertempur dalam Revolusi Amerika, Perancis, dan Sepanyol-Amerika. Dia mengetuai pengisytiharan kemerdekaan Venezuela daripada Sepanyol pada tahun 1811. (Lihat Venezuela [Perjuangan untuk menuntut kemerdekaan]). Dia gagal menjadi diktator dan menyerahkan kuasanya kepada Royalist. Simón Bolívar dan bekas orang bawahannya menyerahkan Miranda kepada kerajaan Sepanyol (lihat Bolívar, Simón). Miranda meninggal dunia di dalam kurungan bawah tanah di Sepanyol. Dia lahir di Caracas. | UMUM | |
SUBRAMANIAM BHARATI | Penyair yang memperjuangkan kemerdekaan negara India. | SASTERA | Tokoh |
IKHSYIDIYYAH, KERAJAAN | Ikhsyidiyyah, Kerajaan ialah salah sebuah kerajaan Islam yang mencapai kemerdekaan daripada kerajaan Abbasiyyah di Mesir dan Syria (324–358 H. / 935–969 M.). | UMUM | Umum |
SUTAN SJAHRIR | Sutan Sjahrir (1909–1966), pemimpin awal dalam memperjuangkan kemerdekaan rakyat Indonesia daripada penjajahan Belanda. Sjahrir berkhidmat sebagai Perdana Menteri Indonesia dari tahun 1945 hingga tahun 1947. | UMUM | |
SLOVAKIA | Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini disempadani Poland di sebelah utara, Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis mengambil alih tampuk pemerintahan Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989. | UMUM | |
TELL, WILLIAM | Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. | UMUM | |
REPUBLIK CZECH | Republik Czech ialah negara yang terletak di tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar dikenali Czechoslovakia. | UMUM | |