Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mé.wa.han] | کميواهن

Definisi : perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mé.wa.han] | کميواهن

Definisi : keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mewah (adjektif)
Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah, melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;,
Kata Terbitan : kemewahan,

Peribahasa

Keluh (kesah) tidur di kasur,
     berkeruh di lapik penjemuran.

Bermaksud :

Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIRA BAI

Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan,

utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam

keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri.

Namun dia meninggalkan segala kemewahan

hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya

pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya

sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan

masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu

yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang

membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi

memuji Krishna menyebabkan keluarganya

memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba

meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia

telah terselamat.

UMUM 
SURAH SABA'

Surah Saba’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Sabakerana Allah S.W.T.

ada menyebut dalam al-Qur’an cerita negeri Saba’,

iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di

negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan

kemewahan, kegembiraan dan ketenangan.

Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun

dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat

yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan

dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran

kepada orang yang mahu mengambil iktibar.

UMUM 
ORANG KAYA

ORANG KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam budaya Melayu, ‘kaya’ memberi maksud kemewahan yang berkaitan rapat dengan kuasa. Perkataan ‘orang kaya’ seringkali digunakan sebagai gelaran untuk golongan bangsawan seperti Orang Kaya Laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SHAH JAHAN

Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima

empayar Mughal di India. Baginda menjadi

pemerintah pada tahun 1627. Ketika

pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam

zaman keemasan, dengan bilik kebal yang

dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah

dan mengagumkan.

     Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya

yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih

yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di

Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah

membina sebuah istana yang amat hebat dan luar

biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan

lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan

empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami

kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah

dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak

tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan.

Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi

masalah, dan seorang daripada puteranya telah

merampas takhta daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas