Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mis.ki.nan] | کميسکينن

Definisi : perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mis.ki.nan] | کميسکينن

Definisi : keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kain ditangkap maka duduk.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMISKINAN UMUM 
STALIN, JOSEPH

Stalin, Joseph (1879–1953), diktator Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dari tahun 1929

hingga tahun 1953. Dia bangkit daripada keadaan

kemiskinan yang amat memeritkan sebelum

menjadi pemimpin sebuah negara yang meliputi

kira-kira satu per enam daripada keluasan tanah di

dunia.

UMUM 
ROUAULT, GEORGES

Rouault, Georges (1871–1958) ialah pelukis

Perancis. Dia seorang yang kuat beragama dan

memegang prinsip moral yang kukuh, dan hasil

karyanya menunjukkan kebenciannya terhadap sikap

kepura-puraan, kemiskinan, dosa, dan peperangan.

UMUM 
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
YAYASAN TUN ABDUL RAZAKYAYASAN TUN ABDUL RAZAK, yayasan kebangsaan yang ditubuhkan bagi meneruskan wawasan Tun Abdul Razak semasa hayatnya.  Antara hasrat terutamanya ialah membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat jelata, terutama di luar bandar. Setelah pemergiannya para sahabat merasakan bahawa salah satu usaha untuk menyambung dan melanjutkan perjuangannya adalah dengan menubuhkan yayasan yang akan mendukung wawasannya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KNIGHTS TEMPLARS

Knights Templars ialah ahli satu kumpulan

tentera agama bagi kesatriaan Kristian. Kumpulan

ini telah diasaskan pada kira-kira tahun 1119

di Baitulmaqdis oleh kesateria Perancis, Hugh

des Payens dan Godfrey dari St. Omer. Kumpulan

ini pada mulanya dinamakan “the poor Fellow-

Soldiers of Christ and the Temple of Solomon”

kerana kemiskinan mereka dan penginapan yang

diberikan kepada mereka oleh Raja Baldwin II

dari Baitulmaqdis. Penginapan ini terletak di

laman istana raja yang dikenali sebagai Temple of

Solomon.

UMUM 
PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Permodalan Nasional Berhad, institusi

pelaburan saham amanah yang terbesar di

Malaysia . PNB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia

pada 17 Mac 1978 di bawah Akta Syarikat. Modal

sebenar PNB berjumlah RM200 juta, manakala

modal berbayar sebanyak RM100 juta. Ibu pejabat

PNB terletak di Menara PNB, Jalan Tun Razak,

Kuala Lumpur . Penubuhan PNB bertujuan untuk

melaksanakan matlamat Dasar Ekonomi Baru

(DEB) dari segi penyusunan semula masyarakat

dengan meningkatkan pegangan ekuiti

bumiputera dalam sektor korporat dan

membasmi kemiskinan. PNB merupakan anak

syarikat Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).

UMUM 
ANGIN TIMUR LAUTANGIN TIMUR LAUT, novel karya S. Othman Kelantan yang diterbitkan oleh Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1969.  Novel ini membawa tema kemiskinan dan penderitaan hidup kaum nelayan di Pantai Timur Semenanjung, khasnya di Pantai Sabak, Kelantan.  SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas