Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kem­pen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kémpén/ tindakan atau usaha yg dirancang utk mempengaruhi pendapat umum supaya menyokong atau menentang sesuatu dasar: ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi seseorang calon yg bertanding dlm pilihan raya. berkempen melancarkan atau menjalankan kempen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kempen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, rancangan, operasi, strategi, taktik.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN ASHDOWN

Pertempuran Ashdown (871 M.) ialah

pertempuran yang berlaku semasa kempen

Denmark untuk menakluki England pada akhir tahun

800–an M.

UMUM 
ANTHONY, SUSAN BROWNELL

Anthony, Susan Brownell (1820–1906),

reformis Amerika dan salah seorang pemimpin awal

kempen yang memperjuangkan hak wanita. Dia

membantu mengendalikan pergerakan yang

memperjuangkan hak mengundi wanita di Amerika

Syarikat, yang bergerak untuk mendapatkan hak

mengundi kaum wanita.

UMUM 
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Kementerian Penerangan Malaysia (KemPen), agensi pengurusan maklumat dan perhubungan awam kerajaan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
NEY, MICHEL

Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar

terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat

dengan cemerlang dalam kempen pada tahun

1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan

orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan

kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu

menjadikannya askar yang paling dikenali.

Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada

tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of

Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di

Elchingen pada tahun 1805.

UMUM 
TILAK, BAL GANGADHAR

Tilak, Bal Gangadhar (1856–1920) ialah ahli

politik dan wartawan India, pemimpin awal di

dalam kempen untuk kemerdekaan India daripada

penjajahan British.

UMUM 
TIKUS TOBRUK

Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak

Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu

bertahan dalam satu pengepungan selama lapan

bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun

1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh

Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di

pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan

Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka

bertahan dari 11 April hingga 10 Disember,

apabila tentera Jerman menghentikan kepungan

itu.

UMUM 
SETI I

Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.)

ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal

pemerintahannya, baginda telah mengadakan

sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai

usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit

dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di

Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos.

Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle

Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang

dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan

disempurnakan oleh puteranya Ramses II.

Makamnya yang merupakan binaan paling indah

di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817

manakala mumianya bersama-sama dengan mumia

Ramses II  ditemui pada tahun 1881, dalam

satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri.

UMUM 
SHARP, GRANVILLE

Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin

gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada

tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang

memutuskan bahawa hamba yang

memasuki wilayah British adalah bebas secara

automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah

jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di

Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan

kempen menentang kumpulan yang menindas dan

membantu menubuhkan Persatuan Bible British

dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada

tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham,

England.

UMUM 
THE BULLETIN

The Bulletin ialah majalah mingguan Australia.

Pada tahun 1890-an, ia menjadi penyokong kuat

Australianisme. Ia mempunyai pengaruh yang amat

penting dalam kesusasteraan Australia. Semasa ia

mula diterbitkan pada tahun 1880, The Bulletin

memberikan tumpuan kepada bidang sosial dan

politik dalam bidang kewartawanan. Ia menyokong

idea Australia bagi orang Australia, menjalankan

kempen bagi persekutuan koloni Australia, dan

mengecam eksploitasi seberang laut terhadap

Australia. Di bawah kepimpinan J.F. Archibald,

pengasas bersama dan editor, The Bulletin

mengasah bakat ramai penulis dan pelukis,

termasuk Henry Lawson dan Banjo Paterson.

UMUM 
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas