Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMOTHY

Timothy ialah salah seorang daripada sahabat

Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di

Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya

Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai

memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir

untuk mengembangkan agama buat pertama kali

dan telah bercakap dengannya. Walau

bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang

tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy

hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia

bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy

mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua

dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman

seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga

kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih

tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia

dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada

tahun 100 M.

UMUM 
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 
SULTAN IBRAHIMKapsyen1">          :1">           Sultan Ibrahim

 

SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959).  Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN BADLISHAHKapsyen1">          :1">           Sultan Badlishah

 

SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANAKapsyen1">          :1">           Sutan Takdir Alisjahbana

 

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah.

BAHASATokoh
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAHKapsyen1">          :1">           Sultan Ismail Nasiruddin Syah

 

SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAH (1907-1979), Sultan Terengganu yang ke-15 (1945-1979). Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu, Terengganu. Nama penuh baginda ialah Raja Ismail ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda adalah putera Sultan Zainal Abidin III (1881-1919). Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Kemudian baginda menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SU'UT TAHIR, TAN SRIKapsyen1">          :1">           Su’ut Tahir

 

SU’UT TAHIR, Tan Sri (1909-1981), penentang penjajahan British, ahli politik. Dia lahir pada 7 Jun 1909 di Kampung Masjid, Kuching, Sarawak. Su’ut mendapat pendidikan awal di Madrasah Melayu Sarawak, Kuching, hingga Darjah Enam. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah St. Thomas, Kuching, hingga Darjah Lima. Setelah tamat belajar, dia bekerja di Hospital Kuching sebagai pembantu perubatan selama lebih 20 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN YUSUF IZZUDDIN SYAHKapsyen1">          :1">           Sultan Yusuf Izzuddin Syah

 

SULTAN YUSUF IZZUDDIN SYAH (1890-1963), Sultan Perak yang ke-32 (1948-1963). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil (Marhum Radhiallah). Baginda diputerakan pada 15 Januari 1890 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Baginda mendapat pendidikan Melayu sebelum memasuki  Hoger School, Kuala Kangsar (yang kemudiannya dikenal sebagai Clifford School). Kemudian baginda menyambung pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LILIN MINERAL

Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada

petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras

minyak petroleum dan kemudian menggunakan

pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin

daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum:

(1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3)

petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna,

kekerasan, dan takat leburnya.

UMUM 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAHKapsyen1">          :1">           Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

 

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946-     ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234

Kembali ke atas