Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemudiannya

Peribahasa

Hilang tapak tukul,
     timbul tapak canai.

Bermaksud :

Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROVINSI

Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang

ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari

Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang

bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya

menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi

Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang

merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang

dikenali sebagai provinsi.

UMUM 
NAZISME

Nazisme ialah pergerakan politik yang

kemudiannya membentuk kerajaan yang

berkembang di Jerman pada tahun 1920-an. Nazi,

yang diketuai oleh diktator Adolf Hitler, menguasai

Jerman dari tahun 1933 hingga tahun 1945.

Nazisme juga bermaksud mana-mana sistem

kerajaan atau kepercayaan politik yang menyerupai

kerajaan Hitler di Jerman. Perkataan ini juga dieja

sebagai Naziisme .

UMUM 
SERPIHAN PELURU

Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong

peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan

(kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel

(1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi

sejumlah bebola dan serbuk peletup yang

memecahkan kelongsong peluru. Tentera

British menggunakan peluru pertama jenis ini di

Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I

(1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru

pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan

dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939–

1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada

serpihan keluli pembalut kelongsong peluru

meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun

sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi

dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga

Meriam; Peluru.

UMUM 
KA‘B AL-AHBAR (?–32 H./ ?–652 M.)

Ka‘b al-Ahbar (?–32 H./ ?–652 M.), berbangsa

Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama penuhnya ialah

Ka‘b ibn Mati‘ ibn Dhu Hajn al-Himyari, al-Yamani, al-

Allamah al-Habra.

UMUM 
ARNOLD, BENEDICT

Arnold, Benedict (1741–1801) ialah jeneral

semasa Revolusi Amerika. Setelah mendapat

kepercayaan dan dihormati, dia kemudiannya

menjadi seorang pengkhianat terkenal dalam

sejarah Amerika Syarikat.

UMUM 
ELEANOR OF AQUITAINE

Eleanor of Aquitaine (1122–1204) ialah

permaisuri Raja Louis VII dari Perancis dan

kemudiannya Raja Henry II dari England.

UMUM 
KAEDAH INDUKTIF

Kaedah induktif ialah proses berfikir iaitu

apabila seseorang itu bermula dengan pengalaman

tertentu dan kemudiannya membuat kesimpulan

secara umum.

UMUM 
TISU

Tisu ialah sekumpulan sel yang sama-sama bekerja

untuk melakukan fungsi tertentu dalam organisma.

Kumpulan-kumpulan tisu, kemudiannya,

membentuk organ haiwan dan tumbuhan.

Tisu haiwan biasanya dibahagikan kepada

empat kumpulan: (1) tisu penghubung (2) epitelium

(3) otot dan (4) tisu saraf.

UMUM 
EX POST FACTO

Ex post facto ialah istilah bahasa Latin yang

bermaksud daripada apa yang telah dilakukan

kemudiannya (from what is done afterwards).

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas