Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : ; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : majlis jamuan makan utk meminta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal dll. ~ arwah kenduri utk mendoakan orang yg telah meninggal. ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri. ~ Maulud kenduri utk menyambut hari Maulud. berkenduri mengadakan kenduri; menghadiri kenduri. mengendurikan menggunakan sesuatu utk berkenduri: Dia ~ daging korban itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KENDURI

KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya.  Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan.  Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi.

BUDAYAKonsep
DIKIR REBANADIKIR REBANA, nyanyian tradisional berunsur keagamaan yang terkenal di Pahang yang disebut juga dikir Pahang. Dikir ini dinamakan dikir rebana kerana orang yang berdikir menggunakan rebana sebagai alat pengiring. Dikir rebana dinyanyikan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan dan perayaan maulid Nabi.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KEMENYAN

KEMENYAN (Boswellia sacra), getah daripada sejenis pokok yang terdapat di hutan jenis tropika.  Kemenyan berbentuk ketulan keras seperti batu dan biasanya digunakan dalam perasapan ketika kenduri atau untuk mengubati penyakit.

BUDAYAFlora dan Fauna
UMBUT

UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau.  Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri.  Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah.  Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan.  Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.

BUDAYAMakanan
SIRAP

SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar.  Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia.  Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah.

BUDAYAMakanan
LEBAI

 LEBAI, gelaran yang diberikan oleh masyarakat Melayu kepada orang yang alim, pandai membaca doa dalam majlis kenduri, mengetahui dan patuh kepada ajaran Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas