KENNEDY, JOHN FITZGERALD | | UMUM | |
KENNEDY | | UMUM | |
CAPE KENNEDY | | UMUM | |
KENNEDY, JOHN F | Kennedy, John F. (1917-1963), Presiden Amerika Syarikat (1961-1963). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUSAT ANGKASA LEPAS JOHN F. KENNEDY | Institusi yang menjadi tempat rujukan para angkasawan atau ahli astronomi. | FIZIK | Institusi/Organisasi |
ONASSIS, ARISTOTLE SOCRATES | Onassis, Aristotle Socrates (1906–1975), pemilik kapal dan eksekutif perniagaan Yunani, menjadi salah seorang individu yang terkaya di dunia. Pada tahun 1968, dia mengahwini Jacqueline Kennedy, balu Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy. | UMUM | |
OSWALD, LEE HARVEY | Oswald, Lee Harvey (1939–1963), dituduh membunuh John F. Kennedy, presiden Amerika Syarikat, pada 22 November 1963, di Dallas, Texas. Dua hari kemudian, ketika berjuta-juta orang menonton peristiwa itu di televisyen, Oswald dibunuh. Dia ditembak mati oleh pemilik kelab malam Dallas, Jack Ruby, semasa sedang dipindahkan dari penjara bandar ke penjara wilayah di Dallas. Ruby merempuh pegawai-pegawai polis yang mengelilingi Oswald untuk menembaknya. | UMUM | |
ADMINISTRATION (NASA) | National Aeronautics and Space Administration (NASA) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang mengendalikan dan mengkoordinasi penyelidikan aeronautik di dalam atau di luar lingkungan atmosfera bumi. NASA menggaji kira-kira 21 000 orang ahli sains, jurutera dan juruteknik di dalam 10 pemasangan utama. Kemudahan ini termasuklah John F. Kennedy Space Center, Lyndon B. Johnson Space Center, Goddard Space Flight Center dan George C. Marshall Space Flight Center . | UMUM | |
SHREWSBURY SCHOOL | Shrewsbury School , diasaskan oleh Raja Edward VI pada tahun 1552 adalah antara sekolah awam yang terkenal di England. Sekolah ini terletak di luar bandar Shrewsbury. Selepas melalui kemerosotan pada tahun 1700-an, dua orang pengetuanya yang ulung telah mengembalikan reputasinya. Samuel Butler, yang berkhidmat dari tahun 1798 hingga tahun 1836, telah menaikkan kadar biasiswa. Benjamin Kennedy, pengetua dari tahun 1836 hingga tahun 1866, telah menambahkan pengajian moden dan menggalakkan minat dalam muzik dan sukan. | UMUM | |
SAARINEN, EERO | Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri. Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956) di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga tempat topangan. Sementara Terminal Sistem Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York menggunakan konkrit bertetulang berbentuk sayap. | UMUM | |