KENYAH | KENYAH, suku kaum di Sarawak, Kenyah terdiri daripada beberapa suku kaum seperti Badeng, Lepo Tau, Lepo Abang, Uma Pawa, Sebop, Lirong, Murik dan Lepo Kulit. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
TARIAN KENYAH | TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN | Temenggung Jugah anak Barieng, Tun (1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963. Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974. Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu. Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi, Kalimantan , Indonesia . | UMUM | |
DATUN JULUT | DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN NGAJAT | TARIAN NGAJAT, tarian suku kaum Iban, Kenyah, Kayang, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Tidak dapat dipastikan asal usul tarian ini. Walau bagaimanapun, ngajat dikatakan berkembang di rantau ini pada sekitar abad ke-16. Pada zaman dahulu, ngajat lazimnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja atau, sekiranya perempuan, perempuan sahaja yang menari. Tidak pernah dilakukan penari lelaki berpasangan dengan penari perempuan dalam sesuatu persembahan. Kini, sesuai dengan peredaran masa, ngajat telah diubahsuai dan boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PARANG ILANG | PARANG ILANG, senjata panjang yang digunakan oleh suku kaum Kenyah, Kayan dan Iban di Sarawak. Parang ilang digunakan oleh orang lelaki. Ia diikat di pinggang dan sentiasa dibawa ke mana sahaja. Selain sebagai senjata, parang ilang digunakan sebagai alat kerja dan untuk upacara adat. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN | TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RUMAH PANJANG | Rumah panjang, kediaman suku kaum tertentu di Sarawak. Secara tradisi, suku kaum Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, dan Orang Ulu yang lain tinggal di rumah panjang. | UMUM | Umum |