MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
AL-QUR’AN AL-KARIM | Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf, diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal. | UMUM | |
KITAB-KITAB SUCI | Kitab-kitab suci ialah kitab atau perundangan rabbani (ketuhanan) yang diturunkan oleh Allah SWT dan disampaikan kepada para nabi dan rasul-Nya, yang diutuskan kepada semua makhluk- Nya sebagai wahyu. | UMUM | |
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
DAKWAH | Dakwah, ajakan, seruan, panggilan dan undangan kepada sesuatu. Dalam hal ini, ajakan, seruan, panggilan dan undangan itu merujuk seruan Allah SWT dan Rasul-Nya kepada sekalian insan. | AGAMA | Konsep |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
ANUGERAH LAURA INGALLS WILDER | Anugerah Laura Ingalls Wilder ialah anugerah kesusasteraan Amerika, yang diberikan kepada mana-mana pengarang atau ilustrator, yang diterbitkan di Amerika Syarikat, yang telah memberi “sumbangan yang lumayan dan berkekalan” kepada kesusasteraan kanak-kanak. Association for Library Service to Children (Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan untuk Kanak- kanak), satu cabang Persatuan Perpustakaan Amerika memilih pemenangnya. Anugerah ini telah diadakan pada tahun 1954 untuk memperingati Laura Ingalls Wilder, seorang pengarang Amerika yang terkenal dengan siri ‘Little House’nya. Anugerah berupa sebuah pingat gangsa itu menggambarkan Wilder sebagai seorang kanak- kanak yang sedang memegang anak patung. Anugerah ini diberikan setiap lima tahun dari tahun 1960 hingga 1980. Sejak tahun 1980, anugerah tersebut diberikan setiap tiga tahun. | UMUM | |
SURAH AL-FURQAN | Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat. Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T. menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al- Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau pemisah. | UMUM | |