Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pan.ta.san] | کڤانتسن

Definisi : 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pan.ta.san] | کڤانتسن

Definisi : 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANJING PEMBURU AFGHAN

Anjing pemburu Afghan ialah anjing yang

dikenali kerana kepantasan dan kecekapannya.

Beratus-ratus tahun lamanya, ia digunakan untuk

memburu gazel, kelinci, dan harimau bintang salji

di Afghanistan.

UMUM 
TARANTELLA

Tarantella ialah tarian rakyat yang popular,

berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang

rancak dan bertenaga yang dipersembahkan

dengan kepantasan enam per lapan kali masa

sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara

berpasangan dan sering diiringi muzik yang

menggunakan alat kastanet dan tamburin.

UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
SAYAP KEMENANGAN

Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah

sebuah patung Yunani purba yang cantik yang

ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun

1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118

keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di

atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki

(Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan

Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya

diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil

membawa mesej kemenangan, penawanan, dan

kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai

sayap yang melambangkan kepantasan dan

kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi

patung ini bergelombang, mungkin

melambangkan perjalanan yang sukar untuk

mencapai kemenangan.

Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi

sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar

tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di

Louvre, Paris.

UMUM 

Kembali ke atas