Kembangan merah ialah istilah yang digunakan untuk kawasan air laut, sungai, atau tasik yang berwarna keperang atau kemerahan. Warna ini datangnya daripada organisma mikroskopik yang secara tiba-tiba meningkat berjuta-juta jumlahnya. Kawasan yang berwarna ini mungkin menganjur daripada beberapa meter persegi hingga kepada lebih daripada 2500 kilometer persegi. Lamanya daripada beberapa jam hingga beberapa bulan. Kembangan merah berlaku di perairan di kebanyakan bahagian di dunia. |