Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pé.ra.ngan] | کڤيرڠن

Definisi : keadaan atau sifat perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keperangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THRASHER

Thrasher ialah nama bagi sekumpulan burung

keperangan, berekor panjang yang didapati dari

selatan Kanada hingga ke Amerika Selatan.

Terdapat lebih kurang 17 spesies thrasher.

Spesies yang terkenal ialah thrasher perang di

timur Amerika Utara (lihat Thrasher ). Nama

burung ini mungkin berasal daripada tabiatnya

memukul-mukul ekornya yang panjang ke atas

dan ke bawah, terutamanya apabila ia teruja.

Kebanyakan thrasher mempunyai kepala dan

belakang berwarna perang, dan sebelah

bawahnya berwarna pucat bercarik-carik perang.

Thrasher yang terbesar membesar lebih daripada

30 sentimeter panjangnya.

UMUM 
SETTER IRELAND

Setter Ireland atau yang sering dikenali

sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik,

yang bulunya berwarna merah keperangan.

Bulunya berwarna merah atau merah dengan

tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki.

Setter Ireland merah ialah setter yang biasa

didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu

merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing.

Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland,

tiada warna kegemaran untuk pertunjukan

anjing.

UMUM 
SALPIGLOSIS

Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili

kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia

berkaitan dengan petunia. Seperti petunia,

salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet,

tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya

berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu,

jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan

putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang

kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau

warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan

tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46

sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat

bahagian atas setiap ranting.

Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam

famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis

sinuata .

UMUM 
BROWN RECLUSE

Brown recluse ialah labah-labah berwarna

keperangan, berbisa yang terdapat di Amerika

Syarikat.

UMUM 
PAPIRUS

Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya

digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan

tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk

membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu

kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung

bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai

orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa

menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada

papirus.

UMUM 
TEAL

Teal ialah nama bagi kira-kira 15 spesies itik kecil

yang suka bermain di air. Teal memakan tumbuhan

akuatik dan biji-bijian dengan memilihnya melalui

perbuatan mengunggis dengan paruhnya. Ia juga

boleh terbalik untuk makan. Teal membiak di

kolam dan tasik air tawar yang cetek yang

disempadani tumbuhan yang tebal. Ia terbang laju

dengan kibasan sayapnya yang cepat, dan apabila

ia cemas ia boleh naik secara menegak dari

permukaan air. Kebanyakan teal mempunyai bulu

keperangan yang diselangi dengan tanda berwarna

cerah dan gelap.

UMUM 
TEMPUA

Tempua ialah sejenis burung yang pandai

menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di

China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat

namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada

cara ia membina sarang dalam daun besar yang

berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa

utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur

dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum.

Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu

tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua

betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa.

Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih

kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah

keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15

sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies.

Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam

subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah

genus Orthotomus .

Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung).

UMUM 

Kembali ke atas