Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pin.ca.ngan] | کڤينچڠن

Definisi : 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pin.ca.ngan] | کڤينچڠن

Definisi : keadaan atau hal pincang; kecacatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pincang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tempang: incut, capik, kecok, teweng, rengkat, kipa, pecok, pengkar,

2. Bersinonim dengan cacat: cacat cela, cela,

Kata Terbitan : kepincangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK, akhbar yang diterbitkan di Sarawak.  Utusan Sarawak yang diterbitkan pada 16 Januari 1949 bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu serta memperbaiki kepincangan ekonomi dan pendidikan.  Utusan Sarawak merupakan akhbar Melayu ketiga yang diterbitkan di Sarawak sesudah Fajar Sarawak (1930) dan Utusan Asas (1947).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas