PAPAN DINDING | Papan dinding ialah sejenis papan yang dibuat daripada serat kayu, rotan dan lain-lain bahan berserat. Ia digunakan untuk menutupi dinding dan siling. Papan dinding memberikan perlindungan daripada kebakaran dan cuaca dan menjadi penebat haba dan kesejukan. Ia menyerap bunyi dan juga berfungsi sebagai hiasan. Papan dinding dibuat dalam bentuk kepingan 1.5 milimeter hingga 75 milimeter tebalnya. Dinding yang ditutupi dengan papan dinding biasanya dinamakan dinding kering. | UMUM | |
KAIN KERIKAM | KAIN1"> KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam ‘kelingkan’ warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi. | BUDAYA | Kraf Tangan |