Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keputusannya

Peribahasa

Nan digalikan dalam,
     nan digantungkan tinggi.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang sudah ada keputusannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMBANG TARA

Timbang tara ialah pengadilan sesuatu

pertikaian oleh seseorang atau lebih, keputusannya

adalah muktamad dan terikat. Hakimnya dikenali

sebagai penimbang tara atau lembaga timbang

tara . Penimbang tara dipilih oleh pihak-pihak yang

bertikai atau agensi berkecuali yang dilantik oleh

mereka. Keputusan penimbang tara ini dikenali

sebagai award . Timbang tara boleh digunakan

antara individu, kumpulan atau negara.

UMUM 
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,

merupakan agensi kehakiman yang tertinggi

dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah ini menyediakan saluran untuk

menyelesaikan secara aman masalah

persengketaan undang-undang pada peringkat

antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang

dikemukakan oleh sesebuah negara atau

organisasi antarabangsa. Keputusannya

berdasarkan prinsip undang-undang

antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.

Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.

Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan

diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang

lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan

undang-undang antarabangsa.

UMUM 

Kembali ke atas