| KERABU | KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam. | BUDAYA | Makanan |
| SUBANG | SUBANG, perhiasan telinga yang lazimnya dipakai oleh golongan wanita. Subang diperbuat daripada pelbagai bahan dan dipakai di kedua-dua belah cuping telinga. Di kalangan masyarakat Melayu, subang juga disebut sebagai anting-anting, gelinya dan kerabu sunting. Subang merupakan salah satu perhiasan yang dipakai sejak zaman primitif. Sehingga kini, masih terdapat kaum lelaki suku kaum etnik di merata dunia memakai subang. | BUDAYA | Pakaian |
| UMBUT | UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau. Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri. Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah. Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan. Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang. | BUDAYA | Makanan |