DANGSA | DANGSA, tarian yang amat popular di kalangan orang Melayu Cocos yang tinggal di Pulau Cocos, Australia dan di Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis keramaian oleh pasangan lelaki dan wanita, dan dikatakan mempunyai persamaan dengan sejenis tarian dari Scotland. Lenggang-lenggoknya mempunyai persamaan dengan tarian Sumazau di Sabah. Pakaian yang sesuai untuk tarian ini ialah ‘kebanyak’ untuk wanita dan ‘baskat’ untuk lelaki. 1"> | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |