Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.dil] | کرديل

Definisi : sentiasa kecil (tidak mahu besar), terencat tumbuhnya (bkn orang, binatang, dll): ayam ~; orang ~; mengerdilkan menjadikan kerdil, mengecil­ngecilkan atau menganggap sesuatu kurang penting: kita dgn sengaja ~ sastera kita; kekerdilan perihal (keadaan) kerdil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.dil] | کرديل

Definisi : kecil dan tidak dpt membesar (bkn orang dll): ayam ~; orang ~. mengerdilkan menjadikan kerdil: Bonsai ialah pokok hiasan yg dikerdilkan. kekerdilan keadaan atau sifat kerdil: ~nya menyebabkan dia berasa rendah diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERDIL UMUM 
HAIWAN KERDIL UMUM 
PIGMI

Pigmi ialah orang kerdil. Perkataan Pigmi ialah

istilah umum yang bermaksud kerdil. Apabila dieja

dengan huruf besar “P”, ia selalu merujuk kepada

sekumpulan 150 000 orang Afrika. Rencana ini

adalah tentang puak Pigmi di Afrika, yang dikenali

juga sebagai Negrillos . Puak Pigmi yang lain, yang

dikenali sebagai Negritos , tinggal di beberapa

bahagian di Asia dan di sesetengah pulau di Lautan

Hindi dan Lautan Pasifik.

UMUM 
STRATTON, CHARLES SHERWOOD

Stratton, Charles Sherwood (1838–1883) ialah

orang kerdil Amerika yang menjadi sangat terkenal

melalui nama sarkasnya, Jeneral Tom Thumb.

Semasa muda, ketinggian Stratton hanyalah 64

sentimeter dan berat badannya 6.8 kilogram. Dia

begitu cerdik hinggakan ketika berumur enam tahun

dia dipamerkan oleh P.T. Barnum seolah-olah dia

seorang yang telah dewasa.

UMUM 
NIX

Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat

Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut

perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di

dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari

muzik dan menari, dan kadangkala menjemput

manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka

dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas.

UMUM 
SHE-OAK

She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan

pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya

Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek

kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga

kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter

tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak

sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan

oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini

adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar

pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air

garam dan boleh ditanam di pantai.

Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili

Casuarinaceae dan genus Casuarina.

UMUM 
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 
SWEET PEA

Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang

tergolong dalam famili yang sama dengan famili

kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan

dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea

berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.

Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.

Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada

sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak

baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut

dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin

kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah

atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau

junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka

yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,

everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.

Bunganya besar dan berwarna samar magenta.

UMUM 
BONSAI

Bonsai ialah seni menanam tumbuhan perdu yang kerdil.  Bonsai berasal dari China, dan kemudian berkembang ke Jepun. Bonsai ialah perkataan Jepun yang bermaksud “tumbuhan berpasu”.

KESENIANKonsep

Kembali ke atas