KERETA API KAYU JOHOR | KERETA API KAYU JOHOR, landasan kereta api pertama digunakan di Semenanjung Tanah Melayu. Pembinaan landasan kereta api itu adalah cetusan idea Sultan Abu Bakar, Sultan Johor (mm. 1862-1895). Baginda berminat dengan sistem kereta api ketika melawat England. Pembinaan bermula pada tahun 1869 dan menjelang tahun 1877, walaupun landasan kereta api belum siap, projek itu terpaksa ditinggalkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kenderaan/Pengangkutan |
STESEN KERETA API KUALA LUMPUR | Tempat... kereta api berhenti dan mengambil penumpang. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
TEROWONG SELAT | Terowong Selat ialah rangkaian kereta api bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu daripada projek kejuruteraan utama dunia pada tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong berkembar itu terdapat terowong landasan kereta api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone, England , dan di Calais, Perancis. | UMUM | |
TEROWONG FRÉJUS | Terowong Fréjus ialah dua terowong – satu terowong bagi kereta api dan satu lagi terowong jalan raya yang menghubungkan wilayah Turin di Itali dengan wilayah Savoy di Perancis. Terowong ini merentasi Puncak Fréjus di Pergunungan Alps. Terowong kereta api yang dibina antara tahun 1857 dan tahun 1871, ialah terowong pertama merentasi Banjaran Alps. Alat penggerudi dan pemampat udara digunakan pertama kali dalam pembinaan terowong ini. Panjang terowong kereta api ini ialah 13.7 kilometer. Pada mulanya ia dikenali sebagai Terowong Gunung Cenis, iaitu sempena nama tempat kereta api ini dibina. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980 dan panjangnya 13 kilometer. | UMUM | |
TEROWONG APENNINE | Terowong Apennine ialah terowong kereta api
di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5 kilometer dan menjadikannya terowong kereta api terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja mengorek lubang dari bahagian tengah. | UMUM | |
MUATAN | Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat. Kereta api masih mengangkut muatan berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi di kebanyakan negara industri, jalan raya mengangkut lebih banyak muatan berbanding kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari kilang ke gudang, dan dari gudang kepada pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal kargo. Pengenalan muatan berkontena telah mengurangkan kerja pemunggahan naik dan turun, serta pemunggahan semula barangan dengan banyaknya. | UMUM | |
TEROWONG LÖTSCHBERG | Terowong Lötschberg ialah terowong landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6 kilometer panjang. Ia sebahagian daripada landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône Valley, dan dari situ ia bersambung dengan Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali. | UMUM | |
KERETA API TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) | | UMUM | |
KERETA API, MODEL | | UMUM | |
KERETA API RENTAS SIBERIA | | UMUM | |