Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = kereta baja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj kereta tentera yg berlapis besi baja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
perisai (kata nama)
1. Bersinonim dengan taming: rangin, jebang, selukung, telabang,

2. Bersinonim dengan pelindung: pemelihara, pembela, penaung, payung, penahan, pendinding, deking.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHERIDAN, PHILIP HENRY

Sheridan, Philip Henry (1831–1888)

Ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan terutamanya

kerana kejayaannya dalam Perang Saudara

Amerika (1861–1865). Dia menjadi terkenal sebagai

ketua pasukan kereta perisai semasa Perang

Saudara Amerika di Lembah Shenandoah,

Virginia.

UMUM 
SURAH AL-HADID

Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan

surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana

kandungannya menceritakan tentang besi. Besi

merupakan sumber kekuatan manusia dalam

peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga

digunakan untuk membina bangunan. Selain itu,

besi boleh digunakan untuk membina jambatan

besar, membuat alat perisai, pedang dan panah,

kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang

berat dan barang-barang lain yang berfaedah.

UMUM 
PERISAI

Perisai ialah sejenis balutan yang digunakan

khusus untuk perlindungan ketika dalam

peperangan. Sejak berabad-abad lamanya, bahan

seperti kulit haiwan, gangsa, dan keluli telah

digunakan untuk membuat perisai. Hari ini,

perisai digunakan terutamanya pada kapal, kereta

kebal, dan juga kenderaan tentera yang lain.

UMUM 

Kembali ke atas