Daya ialah sebarang sebab yang mengubah
gerakan atau bentuk sesuatu objek. Contohnya,
apabila kita menolak sebuah kereta sorong,
kita mengenakan daya untuk menggerakkan
kereta tersebut ke hadapan.
Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah
roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah
yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan
pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia
digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta,
jentera melombong, motosikal, kenderaan
rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam
kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat
daripada getah padat, seperti yang digunakan pada
kereta sorong.
Thanks for clicking. That felt good.