KERIS MAS (KAMALUDIN HAJI MUHAMMAD) | | UMUM | |
KERIS | | UMUM | |
KERIS MAS | KERIS MAS (1922-1992), penulis dan Sasterawan Negara yang pertama (1981). Dia lahir pada 10 Jun 1922 di Bentong, Pahang. Nama sebenarnya ialah Kamaludin Muhammad. | SASTERA | Tokoh |
CATHAY KERIS | Cathay-Keris, syarikat penerbitan filem Melayu yang awal. Syarikat ini telah menghasilkan lebih kurang 120 buah filem. | KESENIAN | Institusi/Organisasi |
PATAH TUMBUH | PATAH TUMBUH, kumpulan cerpen karya Keris Mas. Kumpulan ini diberi kata pengenalan oleh Syed Husin Ali, diterbitkan oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1962 serta diulang cetak beberapa kali. Kumpulan cerpen Patah Tumbuh mengandungi 20 buah cerpen yang pernah tersiar dalam majalah Kencana, Suluh Malaya, Mastika, Dewan Bahasa dan akhbar mingguan Utusan Zaman dan Utusan Pemuda, dari tahun 1946 hingga tahun 1960. | SASTERA | Penerbitan |
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR | SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR, novel karya Sasterawan Negara Keris Mas. Novel ini pernah disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman mulai 22 Mac hingga 8 November 1981. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1982. Novel ini dihasilkan oleh penulis setelah dia bergelar Sasterawan Negara. | SASTERA | Karya |
SENJATA PENDEK | SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung. Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SENJATA PANJANG | SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok). | BUDAYA | Alat/Alatan |
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN | ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah. | BUDAYA | Konsep |
WAHID SATAY | WAHID SATAY (1930- ), pelawak dan pelakon filem. Nama sebenarnya ialah Abdul Wahid Ahmad. Dia lahir di Inderagiri, Riau, Indonesia tetapi dibesarkan di Singapura. Wahid Satay pernah bekerja sebagai kelasi kapal, kemudian pelukis latar filem dengan Studio Cathay Keris. Di samping melukis, dia berlakon filem secara sambilan. | BUDAYA | Tokoh |