KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam.
UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau. Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri. Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah. Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan. Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.
Thanks for clicking. That felt good.