Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERALATAN PEMBINAAN

Peralatan pembinaan merupakan jentera yang

digunakan untuk membina dan merobohkan

jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain.

Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga

kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat

melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa

satu jam berbanding seratus orang pekerja yang

menggunakan peralatan tangan dalam satu hari.

Jentera utama untuk membina bangunan termasuk

(1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali

bahan, dan (3) mesin pam.

UMUM 
TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada semua cara manusia

menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk

memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak

manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja

untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat

berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk

memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan

mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat,

mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja

lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa

elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang

meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi

melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik,

dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih

mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan

pemprosesan data juga bergantung pada teknologi,

terutamanya elektronik.

UMUM 
MESIN PEMBANTING

Mesin pembanting ialah mesin yang

digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk

membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya.

Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari

bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina

mesin pembanting praktikal yang pertama pada

tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting

dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu,

kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting

membolehkan petani memproses bijian dengan

lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan

tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin

telah menggantikan kebanyakan mesin

pembanting (lihat Mesin penuai kombin).

UMUM 
MENCUKUR BULU

Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri

atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri).

Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri

dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba

menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan

pencukur bulu moden menggunakan pengetam

berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu.

Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas.

Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh

mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih

dalam masa sehari.

UMUM 

Kembali ke atas