Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerjanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARAIS, EUGENE

Marais, Eugene (1871–1936) ialah wartawan dan

ahli alamiah Afrika Selatan. Hasil kerjanya yang

terkenal telah diterbitkan dalam bahasa Afrika.

UMUM 
NAIPAUL, V.S.

Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia

Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar

belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku

perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang

pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan

tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti

nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan,

pemindahan pelarian, keganasan politik, dan

pemencilan menimbulkan kritikan yang

membandingkan hasil kerjanya dengan penulis

seperti Joseph Conrad, penulis Poland.

UMUM 
TACITUS, CORNELIUS

Tacitus, Cornelius (kira-kira 55 M.–120 M.) ialah

salah seorang ahli sejarah yang terkemuka di dunia.

Hasil kerjanya yang penting ialah karyanya Histories

yang mengisahkan tentang pemerintahan yang

singkat oleh maharaja Galba, Otho dan Vitellius; dan

Annals, yang menggambarkan sejarah orang Rom

dari zaman pemerintahan Augustus ke Nero.

UMUM 
ODETS, CLIFFORD

Odets, Clifford (1906 – 1963) ialah dramatis Amerika

yang terkenal kerana dramanya tentang konflik sosial

yang ditulisnya pada tahun 1930-an. Hasil kerjanya

yang paling berjaya telah dipersembahkan oleh

kumpulan terkenal iaitu Group Theatre .

UMUM 
MUHAMMAD SYAWQIY

Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.–

1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal

dengan bidang kesenian penulisan khat Arab.

Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan

nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy).

Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam

dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana

bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari

khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy

hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M.

Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan

sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya

yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar

daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz

Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim

sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri

dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya.

UMUM 
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 
SUARDI SURYANINGRAT

Suardi Suryaningrat (1889–1959), nasionalis

Indonesia yang terkenal. Dia mengasaskan sistem

pendidikan yang dikenal sebagai Taman Siswa

(taman bagi pelajar). Namanya juga dieja sebagai

Suwardi. Bagi perkara yang berkaitan dengan

kerjanya, dia menggunakan nama baru, Ki Hajar

Dewantara. Sebagai tanda penghormatan

kepadanya, pada setiap tahun Indonesia meraikan

hari lahirnya, 2 Mei, sebagai Hari Pendidikan

Kebangsaan, Indonesia.

UMUM 
STEVENSON, ROBERT

Stevenson, Robert (1772–1850) ialah jurutera

awam Scotland yang dikenali sebagai pembina

rumah api. Dia membina 23 rumah api di

sepanjang pantai Great Britain dan mencipta

sebuah lampu pemancar yang digunakan untuk

memandu arah kapal. Kerjanya yang paling

terkenal ialah Rumah Api Bell Rock, yang direka

bentuk dan dibina bersama dengan arkitek dan

jurutera, John Rennie. Pemuisi Robert Southey

mengabadikan Rumah Api Bell Rock ini dalam

puisinya “Inchcape Rock”. Rumah api ini terletak di

Laut Utara, 18 kilometer dari Dundee, Scotland.

Stevenson lahir di Glasgow, Scotland. Pengarang

Robert Louis Stevenson ialah cucunya.

UMUM 
PASCAL, BLAISE

Pascal, Blaise (1623–1662) ialah ahli fizik, ahli

matematik dan ahli falsafah Perancis. Dia menjadi

terkenal kerana eksperimennya dengan bendalir

dalam fizik dan kerana hasil kerjanya tentang teori

kebarangkalian dalam ilmu matematik.

UMUM 
NADER, RALPH

Nader, Ralph (1934– ), peguam Amerika yang

terkenal kerana kegiatannya menentang amalan

perniagaan dan kerajaan yang dirasakannya

membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.

Bukunya Unsafe at Any Speed (1965), mengkaji

industri kereta di Amerika Syarikat. Penggubalan

undang-undang standard keselamatan kereta baru di

Amerika Syarikat sebahagian besarnya ialah dari hasil

kerjanya.

UMUM 
12

Kembali ke atas