Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH

Persidangan Keselamatan dan Kerjasama

di Eropah (Conference on Security and

Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan

yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di

antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.

Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini

ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,

termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun

1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi

beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia

menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-

negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan

Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian

daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat

dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara

rasmi menyertai CSCE.

UMUM 
PERSETIAAN HELSINKI

Persetiaan Helsinki adalah beberapa

persetujuan antarabangsa yang dicapai hasil daripada

Persidangan bagi Keselamatan dan Kerjasama in

Eropah (Conference on Security and Cooperation di

Europe – CSCE) pada tahun 1970-an dan tahun 1980-

an. Persetiaan pertama dan paling penting dicapai

bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara

Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persetujuan

utama ditandatangani di Helsinki, Finland pada 1

Ogos 1975 oleh Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan

Soviet, dan 32 anggota lain dalam CSCE yang hampir

keseluruhannya adalah negara-negara Eropah.

UMUM 
MAJLIS EROPAH

Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang

terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini

berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih

rapat antara negara-negara anggotanya bagi

mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai

sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak

sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk

mempereratkan kerjasama dalam bidang politik,

sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan

undang-undang.

UMUM 
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA),

Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA),

menggalakkan kerjasama dalam program angkasa

lepas dalam kalangan negara Eropah Barat.

Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui

gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar

Eropah (European Launcher Development

Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa

Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada

Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman,

Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden,

Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan

Finland menjadi anggota bersekutu.

UMUM 
KESATUAN ANTARA-PARLIMEN

Kesatuan Antara-Parlimen ialah sebuah

organisasi yang terdiri daripada ahli parlimen

di seluruh dunia. Objektifnya adalah untuk

menggalakkan institusi perwakilan dan bekerja

bagi keamanan dan kerjasama antarabangsa.

UMUM 
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA

Pertubuhan Maritim Antarabangsa

(International Maritime Organization (IMO)) ialah

agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang

menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam

perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa.

Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO

(International Maritime Organization) yang berusaha

untuk membentuk peraturan perkapalan

antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan

dan menghalang pencemaran yang berpunca

daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran

maklumat tentang perkapalan lautan.

UMUM 
MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ialah badan bahasa peringkat serantau, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 hasil daripada pertemuan pertama antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan (PAKERSA) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MBIM

MBIM, badan bahasa.  MBIM ialah singkatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972.  Penubuhan MBIM hasil daripada persidangan antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan Indonesia-Malaysia (Pakim) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur.

BAHASAKegiatan
SIMPOSIUM DIALEK MELAYU

SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah.  Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia.  Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya.  Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu.

BAHASAKegiatan
RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman.  Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia.  Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari.  Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas