Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.si/] | کرسيق

Definisi : pasir kasar, batu kerikil yg halus­-halus, gersik; melekatkan (menampalkan) ~ ke buluh prb sesuatu yg dikerjakan dgn ber­susah payah tetapi sia-sia; spt ~ di pulau prb terlalu banyak (bkn benda-benda kecil spt buah-buahan yg bertaburan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.si/] | کرسيق

Definisi : bunyi spt bunyi daun kering ber­geseran; berkersik berbunyi spt bunyi daun kering bergeseran; berkersik-kersik mengeluarkan bunyi atau berbunyi kersik berulang kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.si/] | کرسيق

Definisi : batu kerikil yg halus-halus; pasir kasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ker.si/] | کرسيق

Definisi : bunyi spt bunyi daun kering bergeseran. berkersik berbunyi spt bunyi daun kering bergeseran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kersik

Peribahasa

Seperti kersik di pulau.

Bermaksud :

Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASJID KERSIK

MASJID KERSIK,  salah sebuah masjid yang tertua di Patani, selatan Thailand.  Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Pintu Gerbang. Masjid ini terletak di Kampung Kersik, lebih kurang 6 km dari bandar Patani. Masjid ini didirikan di halaman kota raja Patani pada masa pemerintahan raja-raja puteri Patani. Kampung Kersik dan kampung di sekitarnya seperti Kampung Bandar, Kampung Tanjuk Lulok dan Kampung Parit Marhum adalah antara kampung yang tertua di Patani dan pernah menjadi pusat kerajaan Melayu Patani pada abad ke-16 dan abad ke-17.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas