Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas I

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI KERTAS

Seni kertas merujuk kepada penggunaan

kertas hias. Manusia mereka bentuk dan

menggunakan kertas demikian sejak bertahun-

tahun. Kebanyakan kertas hias dibuat daripada

kertas yang dihasilkan oleh mesin. Tetapi

sesetengah kertas hias yang halus dibuat daripada

kertas buatan tangan. Pencetakan kertas hias

melibatkan penggunaan proses seni grafik seperti

bongkah kayu dan turisan bongkah linoleum.

UMUM 
SKROL

Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau

bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya.

Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading,

atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di

kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau

hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan

memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup

pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan

gulungnya dibuka daripada satu rod dan

digulungkan pada rod yang satu lagi.

UMUM 
KADBOD

Kadbod ialah nama yang popular bagi sebarang

jenis kertas yang keras atau papan kertas. Ia

biasanya tidak termasuk kertas yang digunakan

untuk tujuan khusus seperti <I>papan dinding I>atau

<I>kertas kotak berombak I>.

UMUM 
WANG KERTAS MALAYSIAWANG KERTAS MALAYSIA, wang kertas yang digunakan di Malaysia. Wang kertas pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 12 Jun 1967, bernilai $1, $5, $10, $50 dan $100.  Siri wang kertas ini tidak bertarikh.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TERA AIR

Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke

atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat

kertas. Lazimnya, tera air ialah tanda yang

ditinggalkan oleh dawai yang dibentuk supaya

menyerupai corak tera air dan dipasangkan pada

<i> penggelek hias i>mesin Fourdrinier (lihat Kertas

[gambar rajah: Bagaimana kertas dibuat]). Ketika

corak dawai itu bersentuh dengan lapisan palpa

yang basah, suatu kesan tekanan yang lut cahaya

akan terjadi, dan boleh dilihat apabila kertas itu

dibentang di hadapan cahaya. Suatu tanda yang

kelihatan seperti tera air juga boleh dibuat secara

kimia di atas kertas yang sudah siap. Kertas yang

ditandakan dengan tera air sering digunakan pada

dokumen penting untuk membantu mencegah

peniruan atau pemalsuan.

UMUM 
KULIT KAYU KERTAS

Kulit kayu kertas ialah pokok besar di

Australasia yang kulit kayunya tanggal yang

kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada

batang dan dahannya.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
SURAT KERTAS HIJAUSURAT KERTAS HIJAU, kumpulan puisi Sitor Situmorang. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Surat Kertas HijauI> diterbitkan pada tahun 1953 oleh Pustaka Rakyat, Jakarta.  Kumpulan puisi ini telah diulang cetak pada tahun 1978.  Cetakan ketiga pada tahun 1985 telah diterbitkan oleh Penerbit Dian Rakyat.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Surat Kertas HijauI> merupakan kumpulan puisi Sitor Situmorang yang pertama terbit setelah dia merantau ke Eropah dari tahun 1950 hingga tahun 1952.SASTERAKarya
BUNGA KERTAS

Bunga kertas ialah nama sekumpulan pokok

renek dan pokok memanjat Amerika Selatan. Ia

tumbuh setinggi 12 meter atau lebih.

UMUM 
ORIGAMI

Origami ialah seni melipat kertas untuk dijadikan

objek hiasan. Istilah yang berasal daripada

perkataan Jepun ini bererti <i> kertas yang berlipat. i>

Terdapat kira-kira 100 bentuk origami tradisional,

kebanyakannya meniru bentuk semula jadi seperti

burung, bunga, dan ikan.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas